Tuesday, August 3, 2010

Cerpen Anak Gembala


TEKS ANAK GLOBAL
CERPEN ANAK GEMBALA (Zahari Affandi)
WATAK & PERWATAKAN

Mat Seman
1. Cucu Tuk Gembala Deraman.
2. Isterinya bernama Sutinah.
3. Mempunyai 4 orang anak (Sehak, Milah, Kiah dan Semah).
4. Bekerja sebagai seorang askar di kem askar, Perak sebelum menjadi seorang gembala kerbau.
5. Merupakan generasi ketiga yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau. (MS 79)
6. Memakai kaki palsu (cacat) – Kakinya remuk kena jerangkap samar ketika membuat operasi di sempadan menyebabkan kakinya telah dipotong. (MS 80)
7. Telah dihumban menjaga stor dengan kerja mengira tayar buruk, lori buruk dan macam-macam yang buruk setelah kakinya dipotong. (MS 81)
8. Seorang yang bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa/menyerah kalah pada takdir atau nasib. (MS 81)
9. Pernah menjadi johan menembak, johan terjun dari udara, johan bermain senjata semasa masih bekerja sebagai seorang askar. (MS 81)
10. Memiliki kepakaran tentang kerbau. Cth: Mat Seman menghalau kerbaunya yang berjumlah 60 ekor pulang ke kandang dengan hanya menggunakan seruling. Seruling tersebut diperbuat daripada buluh sebesar ibu jari dan mempunyai bunyi seakan-akan suara kerbau. (MS 86) 
 11. Bercita-cita menjadi contoh kepada anak-anak Desa Angun Sebutir. Cth: Mat Seman pernah mengatakan bahawa membela kerbau juga boleh menjadi kaya jika kena caranya.
12. Seorang yang murah hati/suka bersedekah. Cth: Setiap hari Raya Haji, Mat Seman akan mengorbankan sekurang-kurangnya seekor kerbau & dagingnya akan dibahagi-bahagikan kepada seluruh anak kampung. (MS 86)
13. Seorang yang berdikari. Cth: Mat Seman tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada orang untuk mengusahakan kerbaunya. Mat Seman menggunakan wang sagu hati dia putus kaki untuk membeli mesin penyodok untuk menolak tahi-tahi kerbau ke tepi. (MS 85)
14. Tidak mahu orang lain menggugat haknya di Lembah Bilut yang sudah menjadi tempat keramat bagi keluarganya.
15. Meninggal dunia kerana dipijak kerbau-kerbaunya apabila terdengar bunyi jentera yang di Lembah Bilut.

Tuk Gembala Deraman
1. Datuk Mat Seman. (MS 79)
2. Merupakan gembala kerbau mula daripada budak belum bersunat lagi hinggalah meninggal. (MS 79)
3. Pakar tentang kerbau iaitu daripada tahi TGD tahu kerbau sakit dan begitu juga apabila kerbau demam, kerbau cerah perut, kerbau sudah bunting seminggu dan sampailah kerbau hendak berbini.

Ayah Mat Seman
1. Anak Tuk Gembala Deraman.
2. Merupakan generasi kedua yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau.
3. Menurunkan ilmu kerbau kepada Mat Seman tentang cara-cara menghalau kerbau pulang ke kandangnya iaitu dengan menggunakan bunyi seruling.
4. Meninggal kerana hidung dan gusinya berlubang disebabkan sakit resdung yang lama tidak berubat. (MS 82)

Sutinah
1. Isteri Mat Seman.
2. Tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau kerana baginya pekerjaan tersebut adalah hina dan tidak akan dihormati oleh orang lain. (MS 83)



LATIHAN PENGUKUHAN
1. Berapakah jumlah kerbau yang dipelihara oleh Mat Seman? …………………
2. Mat Seman merupakan generasi ……………….. mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau.
3. Apakah ilmu yang diturunkan oleh ayah Mat Seman kepada anaknya? …………………..
4. Apakah sebab kaki Mat Seman dipotong? …………………….
5. Berapakah orang anak Mat Seman?
6. Siapakah nama-nama anak Mat Seman? ………………………
7. Apakah penyakit ayah Mat Seman yang menyebabkannya meninggal dunia? …………………………………………………
8. Siapakah nama isteri Mat Seman? …………………….
9. Di manakah Mat Seman bekerja sebelum menjadi seorang gembala kerbau? ……………..

10. Apakah kepakaran yang dimiliki oleh Tuk Gembala Deraman tentang kerbau? ………………………
11. Apakah fungsi seruling dalam cerpen Anak Gembala karya Zahari Affandi? ……………………….
12. Apakah anugerah-anugerah kejohanan yang pernah diterima oleh Mat Seman semasa bekerja sebagai seorang askar? ………………………………………
13. Apakah pandangan Sutinah terhadap pekerjaan sebagai gembala kerbau? ……………….

No comments:

Post a Comment