Thursday, May 27, 2010

LATIHAN PENGUKUHAN (CERITA HIKAYAT CENDAWAN PUTIH)

LATIHAN PENGUKUHAN (CERITA HIKAYAT CENDAWAN PUTIH)
SOALAN 1
Berdasarkan cerita Hikayat Cendawan Putih daripada teks Seuntai Kasih Secebis Harapan, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Nyatakan empat perwatakan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya. [4 markah]

(b) Huraikan empat perbandingan perwatakan Raden Kesuma Wati dengan
Raden Kesuma Ningrat. [8 markah]

(c) Jelaskan empat nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. [8 markah]

ANALISIS SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU STPM KERTAS 1. 922/1

ANALISIS SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU STPM KERTAS 1. 922/1
TAHUN 2001 – 2009
Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional

TAHUN & TAJUK
2001
- Cerita Jenaka
- Sastera Panji
2002
- Cerita mitos
- Sheikh Daud al Fatani
2003
- Cerita Legenda
- Kepahlawanan
2004
1. Sastera Hikayat
2. Persoalan Dan Latar Masyarakat
2005
1.Kesusasteraan Undang-undang
2. Cerita binatang.
2006
1.Maksud dan ciri sastera sejarah
2.Sastera zaman Hindu-Islam
2007
1.Sastera Kitab
2. Raja Ali Haji
2008
1.Cerita mitos (jenis-jenis)
2.Tokoh Bukhari al-Jauhari
2009
1.Tokoh yang mempelopori penciptaan & Penulisan syair Melayu, Jenis tema syair Melayu & Fungsi syair
2. Ciri sastera lisan & sindiran pengarang terhadap cerita jenaka.

Bahagian B : Sulalatus Salatin

TAHUN & TAJUK
2001
- Pengaruh luar (Hindu & Islam)
- aspek moral dalam peristiwa Tun Jana Khatib

2002
- Pengajaran & Pendidikan Moral
- Unsur luar biasa
2003
- Kerakyatan (kesetiaan & ketegasan hamba Melayu)
- Unsur lucu

2004
3. Soalan petikan wasiat ms 171-172
4. Watak Perwatakan Tun Perak

2005
3.Petikan ms 132.( Muslihat T.P.Putih)
4.Nilai kem. dan Keruntuhannya

2006
3.Lima peristiwa berulang-ulang
4. petikan ms 244-245

2007
3.Petikan 193-194 (Sultan Mahmud)
4.Petikan ms 133 (episod dramatik)

2008
3.Bendahara T.Perak (Kebijaksanaan)
4.Susun lapis masyarakat Melayu Melaka

2009
3. Tema
4. Makna lambang watak binatang dan Peranan watak bukan manusia


Bahagian C : Prosa Melayu Tradisional

TAHUN & TAJUK
2004
5. Bustan al-Salatin- 218-220
6.Hik. Misa Taman Jayeng Kusuma

2005
5.Hikayat Hang Tuah ms 162
6.Hik.Raja Donan ms 64-65

2006
5.Asal-usul Kejadian Dunia
6.Kejenakaan Pak Pandir

2007
5.Pend Moral (Katak M.Gergasi)
6. Persoalan (Undang2 Laut Melaka )

2008
5.Hik. Raja Donan
6. Hik. Hang Tuah

2009
5. Hik. 1001 Malam (Persoalan, perwtkn Shahar Zad, peristiwa dlm cerita)
6. Asal-Usul Kejadian Isi Dunia


Bahagian D : Puisi Melayu Tradisional

TAHUN & TAJUK
2004
7.Barzanji Kelahiran Junjungan
8.Seloka Pak Balung

2005
7. Mantera Pagar Rumah ms 366-367
8. Syair Perahu,ms 285-286

2006
7. Pantun berkait
8.Rubai Kemuliaan Insan

2007
7.Gurindam ms 300-301
8. Masnawi Budi ms 331

2008
7. Pantun 4 kerat ms 243
8. Qit’ah 339-340

2009
7. Berzanji ms 336-337
8. Pantun Sepuluh Kerat ms 264

Wednesday, May 19, 2010

Cerita Hikayat Cendawan Putih (Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)

GENRE : PROSA MELAYU TRADISIONAL
Cerita “Hikayat Cendawan Putih”
Watak dan perwatakan
1. Raja Indera Kemala Putera
- Jatuh sakit menyebabkan dia telah menjadi kurus-kering

2. Raden Kesuma Wati
- Anak lelaki Raja Indera Kemala Putera
- Mencuri memakan juadah orang di sebuah gerai di negeri Indera Buangan. (ms 67)
- Telah dijadikan oleh Raden Kesuma Ningrat gembala kambing. (ms 69)
- Abang tiri kepada Raden Kesuma Ningrat. (ms 70)
- Seorang yang penakut dan kuat menangis. Beliau bersembunyi di belakang RKN apabila bertemu dengan raksasa dan harimau kerana takut. Beliau juga menangis dengan kuat kerana takut dengan raksasa dan harimau dan meminta RKN melindunginya. (ms 72)

3. Raja Syah Dewa Alam
- Tinggal di negeri Melaka Pura. (ms 59)
- Mempunyai seorang anak perempuan bernama Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang mempunyai paras wajah yang sangat cantik. (ms 59)
- Telah bermimpi memakan telur burung merpati putih. (ms 59)
- Telah memerintahkan segala menteri dan hulubalangnya serta rakyat pergi mencari telur burung merpati putih. (ms 59)
-

4. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya / Bangbang Gajah Merta
- Anak kepada Raja Syah Dewa Alam. (ms 59)
- Mempunyai paras wajah yang sangat cantik. (ms 59)
- Sangat mengambil berat kebajikan ayahandanya. Cth: TPPC susah hati mendengarkan ayahandanya mahu memakan telur burung merpati putih. Oleh yang demikian, beliau sendiri menawarkan diri untuk mencari telur burung merpati itu apabila menteri, hulubalang-hulubalang dan rakyat tidak dapat mencari telur tersebut.
- Seorang yang menghormati ibu bapa. TPPC sujud pada kaki ayahanda dan bondanya meminta restu sebelum berangkat mencari telur burung merapti putih di Gunung Meraksa Dewa. (ms 60)
- Seorang yang tabah menghadapi cabaran. Contohnya, TPPC meneruskan pencarian mencari telur merpati putih walaupun hanya seorang diri tanpa menteri, hulubalang dan rakyat. Menteri, hulubalang dan rakyat dalam cerita dipaparkan ramai yang mati disebabkan kelaparan dan telah lari disebabkan tidak larat untuk meneruskan perjalanan yang begitu jauh. (ms 61 )
- Seorang yang sensitif. Cth: Beliau menangis terkenangkan ayah bondanya semasa berada di hutan seorang diri setelah ditinggalkan menteri, hulubalang dan rakyat. (ms 60)
- Seorang yang berani. Cth: Beliau dengan berani menikam leher hulubalang yang sedang tidur di atas batu di selatan pohon beringin sehingga putus menyebabkannya mati. TPPC kemudian telah mengambil pakaian dan mahkota hulubalang tersebut dan telah naik di atas belakang kuda hitam. (ms 61)
- Melakukan penyamaran. Cth: TPPC menukarkan namanya kepada Bangbang Gajah Merta setelah berada di negeri Kesambi Pura. (ms 62)
- Seorang yang pintar dan bijaksana. Cth: TPPC / BGM telah berjaya dalam pertandingan mengambil limau nipis di dalam lubang tanah yang kecil dengan menggunakan hanya 3 jari tanpa menggunakan bilah atau kayu.

5. Perempuan Tua
- Orang yang telah memberitahu Tuan Puteri Pelinggam Cahaya tempat terletaknya telur burung merpati Putih. (ms 59)

6. Mangkubumi
- Orang yang bertanggungjawab memerintahkan supaya semua menteri, hulubalang serta rakyat di negeri Melaka Pura mencari telur burung merpati putih seperti yang diarahkan oleh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya. (ms 59 – 60)

- Orang yang bertanggungjawab menyediakan kelengkapan senjata, menteri, hulubalang dan rakyat untuk persiapan TPPC mencari telur burung merpati putih. (ms 60 )

7. Tuanku Si Alam
- Raja pemerintah negeri Kesambi Pura. (ms 63)
- Berjanji akan mengahwinkan anaknya iaitu Tuan Puteri Ratna Telur kepada sesiapa yang berjaya mengambil limau nipis di dalam lubang tanah kecil dengan menggunakan 3 jari tanpa menggunakan bilah atau kayu. (ms 63)


8. Khatib Abdul Salam
- Orang yang telah diarahkan oleh Tuanku Si Alam untuk menikahkan antara Bangbang Gajah Merta dan Tuan Puteri Ratna Melur. (ms 63)

9. Raden Kesuma Ningrat
- Anak Raja Indera Kemala Putera dengan Tuan Puteri Indera Maya (ms 66 & 70)
- Adik tiri kepada Raden Indera Kesuma Wati. (ms 70)
- Memiliki kesaktian. Contoh: Puncak daun beringin yang dipagut oleh merbah kepunyaan RKN menyebabkan batang beringin tersebut mengeluarkan air. (ms 72)
10. Watak-watak Binatang
(i) Singa – telinga singa tempat tinggal TPPC sementera menantikan Raden Kesuma Ningrat datang.
(ii) Landak dua ekor (1 putih dan 1 hitam)
- Pengawal TPPC (ms 76)
(iii) Merbah Putih
- Bintang yang mengiringi RKW dan RKN ke gunung Meraksa Dewa
(iv) Raksasa
(v) Harimau
(v) Naga

11. Tuan Puteri Indera Maya
- Ibu kepada Raden Kesuma Ningrat dan ibu tiri kepada Raden Kesuma Wati (ms 70)
- Seorang yang penyayang. Cth: PIM melayan RKW seperti anaknya sendiri (ms70)

12. Tuan Puteri Ratna Telur
- Anak kepada Raja di negeri Kesambi Pura.
- Telah berkahwin dengan Bangbang Gajah Merta. (ms 63)

Latar Tempat
1. Gunung Meraksa Dewa
- Tempat seekor naga. Di telinga naga tersebut letaknya telur burung merpati putih yang bersarang di situ.


2. Negeri Melaka Pura
- Negeri pemerintahan Raja Syah Dewa Alam. (ms 59)

3. Padang, gunung dan hutan
- Tempat-tempat yang dilalui oleh TPPC, menteri, hulubalang dan rakyat untuk mencari telur burung merpati putih. (ms 61)

4. Pokok Beringin
- Digambarkan di Selatan beringin tersebut ada satu kuda dan seorang hulubalang yang gagah tidur di atas batu dengan kerisnya mempunyai panjang 4 hasta. (ms 61)

5. Negeri Kesambi Pura
- Negeri pemerintahan Tuanku Si Alam iaitu ayahanda Tuan Puteri Ratna Telur.
6. Negeri Indera Buangan
- Negeri Raden Kessuma Ningrat. (ms 67)
Latar Masa
(i) Empat puluh hari dan 40 Malam
- Raja Dewa Shah Alam digambarkan tidak makan dan tidak minum. (ms 59)
- Rakyat di negeri Kesambi Pura telah diarahkan oleh Tuanku Si Alam untuk berjaga-jaga selama 40 hari 40 malam untuk persediaan perkahwinan antara Bangbang Gajah Merta dan Tuan Puteri Ratna Melur. (ms 63)
- Raden Kesuma Wati dikatakan tiada makan dan minum. (ms 67)
(ii) Tujuh hari tujuh malam
- TPPC bertemu dengan satu pohon beringin. Di Selatan beringin tersebut ada satu kuda dan seorang hulubalang yang gagah tidur di atas batu dengan kerisnya mempunyai panjang 4 hasta.
(iii) Empat hari empat malam
- Jangka masa perjalanan yang diambil oleh TPPC untuk sampai ke negeri Kesambi Pura.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mempercayai sesuatu ramalan / tilikan nujum.
Contohnya: Raden Kesuma Wati meminta ahlul nujum menilik punca dan cara mengubati penyakit Raja Indera Kemala Putera. (ms 57)



Teknik Penceritaan
1. Teknik Pemerian / Deskriptif
- Contoh: Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Dewa Syah Alam di negeri Melaka Pura. Maka baginda itu ada beranak seorang perempuan terlalu elok parasnya. Maka dinamai oleh baginda Tuan Puteri Pelinggam Cahaya, telah besarlah. Maka negeri itu terlalu ramai orang bermain-main siang dan malam, tiada berhenti lagi. (ms 59)

2. Teknik Dialog
- Contoh: “Segeralah ayahanda beroleh burung itu, apalah jadinya yang demikian ini yang menanggung percintaan siang dan malam.” Maka kata tuan puteri, Jikalau demikian baiklah pergi sendiri mencari burung itu.” (ms 60)

3. Teknik mimpi
- Contoh: Raja Syah Dewa Alam bermimpi memakan telur merpati putih. (ms 59)
- Contoh: TPPC bermimpi didatangi seorang perempuan tua yang memberitahunya tempat terletaknya telur burung merpati putih.

Gaya bahasa
1. Simpulan Bahasa
Cth: Buah hati (ms 64)
2. Penggunaan Puisi
Cth: Pantun (ms 65)

Ikan ruan mudik ke hulu,
Makan senduduk berduri-duri;
Tinggallah tuan ini dahulu,
Tinggallah duduk peliharalah diri.

3. Simile
- Maka dipagutnya puncak daun beringin itu, maka dengan seketika itu juga keluarlah airnya seperti cucur daripada sungai rupanya. (ms 72)

Cerpen Gelungnya Terpokah

TINGKATAN 4

ASPEK KAJIAN TEKS (CERPEN)
1. Tema
2. Persoalan
3. Struktur Plot
4. Watak dan perwatakan
5. Latar
6. Teknik Plot
7. Nilai murni/moral
8. Amanat/pengajaran/mesej
9. Gaya Bahasa
10. Sudut Pandangan

Teks : Anak Global
Tajuk Cerpen : Gelungnya Terpokah Shahnon Ahmad (SN)

Sinopsis (Ringkasan Cerita)
Cerpen berkisar di kampung Banggol Derdap yang didiami oleh masyarakat pesawah. Cerita bermula dengan watak utamanya iaitu Jusoh mendapati petak sawahnya kering kerana gelungnya terpokah. Jusoh menuduh perbuatan itu dilakukan oleh Berahim. Jusoh ingin membalas dendam dengan menungkan cuka getah ke belakang kerbau Berahim atas cadangan isterinya. Berahim mengalami kerugian kerana kerbaunya mati. Orang kampung gempar dan menuduh Jusoh gila dan ditahan oleh orang kampong dan dibawa ke rumah penghulu.

Tema:
Pergolakan hidup berjiran dalam masyarakat pesawah padi.

Persoalan:
1. Tindakan tanpa usul periksa boleh membawa
kesan buruk kepada diri sendiri.
2. Tanggungjawab terhadap keluarga.
3. Sifat dendam merugikan diri sendiri.
4. Kepercayaan terhadap bomoh.
5. Kasih sayang.
6. Sikap kegigihan/kerajinan dalam masyarakat pesawah padi.
7. Penggunaan binatang dalam aktiviti pertanian. Jenis Plot: Kronologi (Tersusun mengikut cerita)
Struktur /susunan Plot
1. Eksposisi (Permulaan)
2. Pertengahan (Perkembangan)
3. Klimaks (Puncak Cerita)
4. Antiklimaks (Penurunan cerita)
5. Peleraian (Pengakhiran cerita/denoument)
Watak
1. Jusoh
2. Berahim
3. Isteri Jusoh

Perwatakan
1. Jusoh
- Mempunyai anak seramai 7 orang. Anaknya yang bongsu (Sahak) digambarkan belum boleh duduk. (ms59)
- Mempunyai kerbau yg besar dan bertanduk songsang. (ms59)
- Bertindak mengikut perasaan. Cth: menyimbah cuka getah pada badan kerbau milik Berahim. (ms65)
- Dikatakan gila oleh penduduk kampong. (ms69)
- Penyayang dan bertanggungjawab terhadap anak-anak.
- Kuat berdendam.

2. Berahim
- Mempunyai kerbau yang gemuk (ms64)
- Kerbaunya terkenal (ms64). Kandangnya yang beratap dan berdinding bertam menjadi tempat kunjungan ramai.
- Penyayang (ms64)
- Dituduh memokah gelung.
- menyimpan dendam

3. Isteri Jusoh
- Mempunyai tubuh yang besar (ms61)
- Berkahwin dengan Jusoh hampir 20 tahun. (ms68)
- Menyayangi anak-anak
- Bertindak tanpa usul periksa
- Sensitif
Gaya Bahasa
1. Kata Ganda
- nyaris-nyaris (ms59)
- Kering kontang (ms63)
2. Singkop
- tak (tidak) ms59
- nak (hendak) ms 61
- ni (ini) ms61
- dah (sudah) ms61
- tau (tahu) ms64
3. Pengulangan/repitisi
- Cth: Biar petak itu digenangi air sekurang-kurangnya 2 hari 2 malam. Biar tanah yang tunggang langgang baru ditenggala itu diresapi air. Ms60
- Kemudian disisir. Kemudian ditanam. Ms60
4. Personifikasi
- Tanah-tanah yang keras pasti lemah semangat. Ms60
- Ganas air mengalir masuk ke petaknya. Ms60
- Sinarnya menampar-nampar dinding rumah Jusoh. Ms62
5. Simile
- sudah pasti tidur macam batang pisang. Ms61
- gagah kedua-dua itu mengatur langkah bagaikan berbangga besar. Ms60
- tak ubah seperti babi berkubang di acar. Ms69
6. Hiperbola
- Geram Jusoh sudah menggunung. Ms63
7. Simpulan bahasa
- Buah hati. Ms64
8. Eksklamasi (penggunaan kata seru)
- “Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!” ms68
9. Totologi
“Aku...aku...aku dipaksa Berahim” ms68
10.Penggunaan bahasa loghat daerah (Sik,Kedah)
- Cingcong : melakukan perkara yg sia-sia
- Terpokah : ternganga/terbuka
12. Sarkasme (Penggunaan bahasa kasar)
- “Berahim anak kurng ajar,” gerutunya. Ms63

Teknik Plot
1. Pemerian /Deskriptif
Matahari nyaris-nyaris tenggelam pada kala Jusoh melucutkan cakuk tenggala teras nangka daripada tengkuk kerbau bertanduk songsangnya.
2. Dialog
Cth: “Dah habeh?” .... “Dah habeh apo?”...
3. Imbas kembali/Flashback
Cth. Isteri Jusoh teringat akan Lebai Karim yang ditangkap dan dikurung dalm jel kerana menetak Penghulu Sudin.
4. Imbas muka/Flashfoward
Cth: Terbayang di mata Jusoh yg beranak 7, petaknya kali ini akan menjadi petak yang paling subur. (ms60)
5. Saspen
Cth: “Aku...aku...aku dipaksa Berahim.” Dan suara itu tidak mampu disambung lagi.
Pembaca tertanya-tanya perkara yg berlaku kepada isteri Jusoh. (ms68) Latar
1. Latar Tempat
- Kampung Banggol Derdap
- Sawah padi
- Rumah
2. Latar Masa
- 2 hari
3. Latar Masyarakat
- Masyarakat pesawah padi. Ms55
- Masyarakat yang tidak mengamalkan nilai toleransi.
- Masyarakat belum mencapai kemajuan. Penggunaan kerbau dalam aktiviti membajak
Nilai murni/moral
- Toleransi
- Bertanggungjawab
- sabar/mengawal diri
- Kasih sayang
Amanat dan Pengajaran / mesej
1. Kita hendaklah berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan.
2. Kita haruslah bertenang dan tidak mengikut perasaan marah apabila berhadapan dengan apa juga masalah agar segala permasalahan dapat diatasi dengan berkesan.
3. Kita mestilah mempunyai sikap toleransi sesama jiran.
4. Kita perlu membuang sikap hasad dengki atau dendam dalam diri kerana sikap ini boleh membawa padah pada diri sendiri.
5. Kita seharusnya mempunyai sikap kasih sayang terhadap makhluk Tuhan.